Latar Belakang Syarikat

MMZ Survey Consultants merupakan sebuah firma professional yang menjalankan perkhidmatan perunding ukur tanah dan perancangan pembangunan fizikal. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 28hb. Februari 2014 oleh Sr. Maihizam Bin Hj. Mohd Zin. Beliau mendapat pentauliahan oleh Lembaga Jurukur Tanah Malaysia pada 2014. Beliau mempunyai pengalaman yang luas di dalam pelbagai bidang geomatik dan ukur tanah.

Sehingga kini, firma ini telah berjaya memiliki peralatan-peralatan yang di perlukan untuk mengendalikan projek-projek ukur tanah serta kerja-kerja yang berkaitan. Pihak kami turut menggunakan sepenuhnya teknologi maklumat di dalam proses pengukuran di padang (Field-to-Finish) hinggalah kepada penyediaan produk akhir. Dengan bantuan perkakasan dan perisian yang terkini dan termaju yang ada di pasaran dari peringkat pengumpulan data dan maklumat sehingga kepada penyediaan pelan kerja, firma berharap akan dapat menjayakan projek-projek yang bakal diperolehi dengan sempurna dan memenuhi syarat-syarat serta jangkaan pihak majikan.

Bagi memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan efisien, syarikat ini telah;
  • Menggunakan sepenuhnya teknologi terkini mengikut peraturan-peraturan Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) agar Hakmilik Tanah dapat didaftarkan dengan cepat. 


  • Menggunakan perkakasan dan perisian yang terkini dari peringkat pengumpulan data sehingga ke peringkat penyediaan pelan ukur.

Comments

Popular Posts