Senarai Perkhidmatan Profesional

1.            Perkhidmatan Runding
Menyediakan khidmat runding di dalam semua aspek yang melibatkan Ukur Tanah, pembangunan, perumahan, pembangunan semula untuk pertanian, perumahan, perindustrian, perikanan, perlombongan dan sebagainya bersesuaian dengan keadaan rupabumi dan kategori kegunaan tanah tersebut dari pelbagai aspek teknikal berkenaan ukur tanah.


Gambar : Sumber

2.            Ukur Kadaster
Ukur kadaster adalah pengukuran bagi tujuan pengeluaran surat hakmilik tanah. Pelbagai jenis ukuran kadaster termasuk;
•             Penentuan sempadan-sempadan negeri,daerah,mukim,bandar dan seksyen
•             Pelupusan tanah termasuk tanah desa,bandar dan kampung
•             Pelupusan tanah bawah tanah (Stratum)
•             Pengambilan balik tanah berimilik
•             Pecah bahagi,pecah tanah dan penyatuan
•             Pecah bagi bagunan (Strata)
•             Ukuran kawalan tanah berimilik bagi pengukuran-pengukuran hakmilik tanah dan kejuruteraan.

Penghasilan kerja ukur kadaster ini sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam Kanun      Tanah Negara tahun 1965, Akta Jurukur Tanah Berlesen 1958 dan Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (KPUP).



Gambar : Sumber
               
3.            Ukuran Hakmilik Strata
Ukuran yang dijalankan untuk pengeluaran Hakmilik setiap unit (petak) bagi sesebuah bangunan yang mempunyai dua tingkat atau lebih atas tanah berimilik yang dipegang sebagai satu lot di mana kelulusan bagi memecah bahagi bangunan tersebut telah diluluskan (Seksyen 6 AHS).


Gambar : Sumber

4.            Ukuran Kejuruteraan
Kerja Ukur Kejuteraan merupakan kerja ukur untuk mendapatkan maklumat terkini (x,y dan z) di satu tempat yang melibatkan kerja-kerja kejuteraan. Kebanyakannya adalah kerja-kerja pembinaan jalan raya, jambatan, bangunan, jalan keretapi, saluran paip, laluan kabel elektrik dan sebagainya.
Di antara perkhidmatan yang diberikan adalah;
•             Setting-out alignment                                 
•             Long and Cross-Section
•             Setting-out piling-points dsb.

Gambar : Sumber

5.            Ukuran Topografi
Bagi Topografi pula ia lebih kepada maklumat-maklumat bentuk muka bumi yang sedia ada seperti keadaan laluan sungai, curam dan lain-lain. Kerja-kerja ukur ini dilakukan bagi memudahkan sesuatu kerja kejuteraan dan pembinaan dilakukan oleh pihak lain yang terbabit. Keperluan dan kepentingan ukuran ini adalah untuk tujuan kerja-kerja perancangan dan merekabentuk kawasan yang terbabit dengan pembangunan. Antara kaedah-kaedah yang digunakan di dalam ukur topografi ialah Ukur Aras, Tekimetri, Fotogrammetri dan Penderiaan Jauh.


Gambar : Sumber
               
6.            Ukuran Hidrografi
Hidrografi adalah kerja ukur di sesuatu tempat yang diliputi oleh air dan tidak boleh mengunakan alat-alat pengukur daratan. Sesuatu kerja ukur yang membabitkan laut, sungai, tasik, lombong dah sebagainya. Kerja Hidrografi ini dapat mengira aras kedalam sesuatu tempat serta rupa bentuk dasar. Ia juga dapat mengumpul data-data lain seperti kelajuan angin di sesuatu tempat serta pasang surut air.



Gambar : Sumber
                              
7.            Ukuran Fotogrametri
'Ariel Mapping Survey' bermaksud Pengukuran melalui gambar udara untuk mendapatkan maklumat-maklumat geografi, perancangan, kedudukan dan kegiatan terkini sebelum dan selepas sesuatu kerja pembangunan dijalankan.

Ukuran melalui kaedah ‘remote sensing’ adalah kaedah pemungutan data mengenai objek atau bahan di permukaan bumi atau ruang udara dengan alat penderia (sensor) dari platform yang terletak jauh dari objek itu. Dengan pelancaran satelit-satelit yang dilengkapkan dengan penderia (sensor), isyarat daripadanya dapat diterima dan dirakam di stesyen-stesyen bumi. Data digital yang dirakam boleh dianalisis dan diproses dengan komputer untuk menghasilkan gambaran (imageri) kawasan-kawasan di permukaan bumi.




Gambar : Sumber

8.            Sistem Penentududukan Global (GPS)
Sistem Penentududukan Global (GPS) adalah satu kaedah canggih dalam menentukan kedudukan di atas bumi. Ia terdiri dari alat penerima (receiver) yang boleh menerima isyarat dari satelit-satelit yang dilancarkan ke angkasa lepas khusus bagi tujuan penentududukan. Kaedah ini telah digunakan untuk mempertingkatkan mutu kordinat–kordinat jaringan titik kawalan negara yang dahulunya di tentukan dengan kaedah konvensional. Pengunaan kaedah ini dapat dilaksanakan dalam semua keadan cuaca dan telah digunakan secara meluas dalam aktiviti perhutanan, carigali petroleum, perlombongan, kadastra, pengangkutan, perikanan dan sebagainya.

Gambar : Sumber

9.            ‘Underground Detection and Utilities Mapping’
'Underground Detection and Utilities Mapping' adalah satu kerja pengukuran utiliti aras bawah tanah untuk mengenal pasti kedudukan, kedalaman dan jenis sebenar sesuatu utiliti seperti;
•             Laluan Kabel Elektrik
•             Laluan Paip Air
•             Pembetungan
•             Bahan Logam dan Bukan Logam
•             Laluan Paip Gas




Gambar : Sumber

Ketepatan maklumat kedudukan dan jajaran pepasangan utiliti yang sedang berada di bawah tanah adalah sangat mustahak kepada kontraktor yang dilantik oleh pemilik utiliti dalam memberikan panduan bagi memasang pepasangan utiliti yang baru atau menyenggara pepasangan utiliti yang sedia ada.

10.          Monitoring Survey
Menyediakan perkhidmatan monitoring survey bagi menentududukan anjakan sesuatu kedudukan titik (x,y dan z) bagi bangunan, empangan, kolam tadahan, landasan keretapi, pelabuhan/jeti, dinding penahan hujan, cerun-cerun dan sebagainya.


Gambar : Sumber

Comments

Popular Posts