Objektif

Menawarkan Perkhidmatan Profesional Ukur Tanah serta bidang-bidang yang berkaitannya bagi sama-sama menjanakan pertumbuhan ekonomi negara. Justeru itu syarikat perlu memastikan kehendak serta keperluan pelanggan mesti dijaga seiring dengan etika professional.

MMZ Survey Consultants akan berusaha menekankan perkara-perkara berikut sebagai objektif paling utama dalam perkhidmatan kami;
  • Berusaha sepenuhnya untuk memberi khidmat yang cemerlang bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan dengan perkhidmatan yang cekap dan tepat.
  • Memastikan khidmat perundingan ukur yang berkualiti tinggi, efisyen dan bijaksana selaras dengan keperluan projek berkaitan.
  • Memastikan keperluan prasarana operasi firma sentiasa mencukupi, unggul dan memenuhi keperluan semasa selaras dengan ledakan teknologi maklumat yang semakin berkembang mengikut arus kemajuan.
  • Menjadi sebuah firma ukur dan pemetaan yang unggul dan berdaya saing bagi memberi perkhidmatan secara profesional dan berkualiti dalam memenuhi kehendak pelanggan.

Comments

Popular Posts